Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Kontraksi Braxton's Hicks

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share ngan kawan2 sume (maybe ade yg dah tau, tp saje nk share gak.. ) tentang sakit contraction atau dlm bahasa melayu nye kontraksi.. hehehe

FYI, smlm ain mengalami satu kesakitan yg teramat sgt semasa nk tido.... perut tegang sgt, sakit tulang belakang, sakit pinggang dan sakit pada tulang pelviks... mmg susah nak tido.. dah baring atas katil kul 12am, tp ain hanya bole lena pukul 2.30am.. bayang kan 2jam setengah menahan kesakitan yg teramat sampai mengalir air mata nih.. nk kejut mr hubby, xsampai hati sebab beliau dah lena diulit mimpi.. huhuhu...

*gambar hiasan semata2...

tetiba teringt doctor kata (time gi check up b4 this)...

DOC: kalo sakit terus gi hospital

AIN: ok doc...


ok jer? tau ker ain sakit tu cm mana?? cam dh ade experience jer... lupe nak tanye sakit yg mcm mane tuh.. blur time tuh...huhu...

so, igtkan nk gi hospital smlm, then hati ni tertanya, ntah2 sakit biasa kot sbb perut dah makin mmbesar, baby mula menekan2 ke bawah.. kang dah pegi hospital, blom masa nk bersalin lagi doc dah sruh blk, xpon kne tahan wad dulu sbb doc nak "seluk" kat bwh tgk dah buka bape cm kita pinye laluan baby... addeehh.... tu yg xnak tuh... so tahan je la mlm smlm... hish.. tggu aje air ketuban pecah baru gi hospital...

alhmdulillah, sakit dah mula berkurangan.. pagi td stil rasa sakit.. skrg dah ok sket... or maybe ain keletihan smlm dating ngan mr hubby kat pavillion smlm (gara2 nak permudahkan bersalin kelak.. ngee~)

dengan rajin nye ain "google" info nih tuk tau ape yg berlaku smlm....

KONTRAKSI BRAXTON'S HICKS

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Source from alamhamil.com

bile dah baca info nih, ain dah xworried sgt... maybe ape yg ain rasa smlm adalah kontraksi tersebut.. bukan kontraksi sebenar kehamilan.. hehehe.. ye la kita kan mana tau.. 1st time pregnant kata kan.. anyway i need to take care gak... dah masuk 9months anything will happen.. semua perasaan dah campur baur nih.. nervous, excited, takut.. huhu...

mr hubby mintak baby kuar cpt.. klo bole hari nih.. dia xsampai hati tgk ain menahan kesakitan... huhu.. terharu plak...

thanks to FB friends yg xputus2 share experience korang ngan ain.. =)

p/s: ari nk my mother in law nk dtg umah ain... so mintak my mom masak kan then bawak blk umah ain.. konon2 ain la yg masak tuh... huhu.. =P

mmuaaahhhhh...




Saturday, September 18, 2010

Tidur yg tak lena!

Assalamualaikum....

Sejak dah masuk 8months onwards (perut dah makin sgt besar), tidur ain sejak 2menjak nih teramat kurang selesa... pusing kiri xkene, pusing kanan xkene, apatah lagi meniarap (mmg langsung lah xbole kan).. pukul 2am terjaga, pukul 3am terjaga..... errmmm..

disebabkan kaki ain yg makin membengkak, ramai yg suggest untuk letakkan kaki lebih tinggi sket dari badan semasa tidur.... so kene la ain tidur cara menelentang kan klo nak ikut tips tuh.. the problem is, pinggang ain plak sakit yg teramat bile tidur menelentang... huhuhu....

ain ada baca info2 di internet mengenai posisi tidur yg sesuai tuk pregnant women, ade gak yg ain cuba info2 tuh sume... tp x gak bole selesaikan gak..

so untuk menyedapkan hati nih, maybe ini adalah satu persiapan buat ain untuk lepas bersalin nnt.... bila dah ada baby, tidur kita pon mungkin akan berkurangan gak.. ade sebab ALLAH beri kita dugaan semua nih... BE PREPARE AIN!! huhu


Alang2 citer pasal posisi tidur tuk ibu mengandung, ain share la sket info yg ain baca kat internet nih ngan korang.. mana yg lebih tau n dah ade experience, bole la share2 kat entry nih ekk...

TIDUR POSISI MENGIRING KE KIRI
- untuk mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksimal ke plasenta kerana adanya vena besar (vena cava inferior) di bahagian belakang sebelah kanan spina yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung.
- dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu sehingga mengurangi pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.


TIDUR POSISI MENGIRING KE KANAN- juga baik, anda dapat menggantikan posisi mengiring kekanan-kiri untuk membuat anda tidur lebih nyaman.

TIDUR POSISI TELENTANG
- xdigalakkan untuk ibu yang hamil 16minggu ke atas, kerana dengan tidur posisi telentang anda meletakan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan vena cava inferior.
- juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, wasir, dan gangguan pencernaan, dan menganggu pernafasan dan sirkulasi.
- juga mempengaruhi tekanan darah untuk ibu yang berada pada tahap trimester kedua dan ketiga, dimana bakal ibu akan berhadapan dengan pening kepala dan juga meningkatkan tekana darah.

tips: untuk tidur mengiring (kiri atau kanan) yang lebih selesa, letakkan satu bantal di bahagian punggung dan satu bantal di antara dengkul ibu.. atau gunakan bantak yg khas tuk ibu mengandung..source: Posisi Tidur Ketika Hamil


* dah nak hujung2 nih, rasa xsempat pon nak beli bantal cam gini.. so buat bakal2 ibu yg masih baru lgi, sempat kot krang nk cari dan beli bantal nih.. bersedia la.. huhu...


p/s: berdoa agar baby dalam perut nih selamat xkesah la kalo tidur xselesa skali pon.. ni la pengorbanan seorang ibu buat anak nya.. huhuhu...

mmuaahhhh!!!


Friday, August 13, 2010

Latest of ME

Assalamualaikum.....

Poyo la ain nie.. 3bulan lepas ckp nk jadi active blogger...

hampir 3bulan gak la satu entry pon ain xpost..

i have no idea to write (padahal many things happened in my life) <------- so, we cant accept this reason actually.. huhu
we can categorize it as LAZYYYYYY (dlm bahasa melayu nye MALASSSSSS.. ngee~)

lantak la apa org nak ckp... that is me... =P

what can i sort my life story here in this past 3 months is, now my baby (in my belly) became 7months++ (30weeks).. WHAT??? 7months!!! pejam celik pejam celik, i have another 2moths more to deliver my baby.... sangat berdebar okey..... terasa macam baru semalam jer baru lepas nikah.... =P
*mengimbau kembali saat2 diijakabulkan (071109)

sekarang, mcm xpercaya, perut dah makin besar... baby pon banyak gerak.. rasa cam geli2 gitu... =)
salalu tgk cermin & hati ni selalu berkata, "IT IS ME??" huhu...

* itu la saya in a past few days... huhu

kalau nak cerita pasal berat badan, errm mmg ain kene terima Qada' & Qadar..... now my weight is almost 70kg++ if nak compare ngan berat badan masa ain anak dara (anak dara gitu.. ) baru 53kg... so selama 7bulan berat ain naik hampir 20kg.. banyak gak tuh.... as i said, i need to faced the truth! mana ada ibu mengandung berat badan makin menurun kan.... huhu... so my mission after deliver is i SHOULD to loss my weight back to my 'zaman anak dara' okey! cita2 nih.. hehehe..

anyway, ain tetap bersyukur ke hadrat ILLAHI, my baby sehat and also me as well... ALHAMDULILLAH.... =) harap semuanya selamat hingga saat baby ini dilahirkan.. AMIINNN....

eh, lupa plak.. di kesempatan ini, ain nak wish SELAMAT BERPUASA kepada semua rakyat Malaysia yang beragama ISLAM ... semoga kedatangan bulan yang mulia ni membawa seribu keberkatan dan keredhaan dari ALLAH swt buat kita semua.. jadikan semua cabaran bulan puasa ini sebagai dugaan ALLAh keatas umat NYA....

sebagai seorang muslimah dan ibu yang sedang mengandung, ALHAMDULILLAH ain dapat menunaikan tanggungjawab ain sebagai hamba NYA.... mmg byk dugaan.. lapar tu jgn di ceritalah.. b4 puasa pon ain, every 2hours i feel really hungry.. but so far, bulan puasa ni ain dpt bertahan... itu la kuasa dan dugaan yg ALLAH beri kan pada ain.. otherwise, my babby pon kurang gerak sejak ain start berpuasa... risau tauu... tp lepas jer waktu berbuka, dia tendang kuat okey.. maybe dia xder tenaga masa siang hari.. ciaannn ank mama nih.. sabar ye sayang, mama tau u are the strong baby in this world... ^__^

so kawan2, wish me so i can fully fasting in this year.. i want to grab this opportunity... hehehe..

ok, that's all... see u in the next posting (itu pon kalo ada...ngee~ INSYA ALLAH)

muaahhhh!!



Monday, May 10, 2010

2nd check up....

salam sume..

hari ni gi 2nd checkup kat klinik ibu dan anak kg. pandan..

ain dan husband cuba sedaya upaya untuk terpacak awal pagi depan klinik tu tuk nak elak dr kne tggu lama2... smpai klinik kul 7.30pagi.... tapi org pon dah ramai dah mengunggu even no kat mesin tu xappear lagi... waaaa... nak awal mcm mana lagi la nih... ke lepas solat subuh trus ada kat depan klinik??? ngeee~

checkup hari nih di mulakan dgn taklimat cara penyusuan badan... huhu.. xramai pon yg dia panggil.. adala dlm 8-10 org bakal ibu yg dipanggil masuk ke bilik.. ain agak terpinga2 jugak la bila nurse tu explain... maklum la benda baru bg ain... huhu.. xlama pon nurse tuh bagi explanation.. 15-20 mins... (syed dah bosan tggu kat luar sbnr nye.. hehehe)

mmg btol orang kata, susu badan adalah susu yg terbaik buat baby... xder susu lain yg boleh tandingi susu ibu... antara kebaikan susu badan adalah (copy dari brochure yg nurse tuh bagi.. ngee~) :-


Makanan yang terbaik untuk bayi.
  • Susu badan mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
  • Mudah dihadam.
  • Sentiasa sedia pada suhu yang tetap.
  • Kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga hari ketiga mengandungi antibodi (lgA) yang dapat melindungi bayi daripada jankitan kuman dan alahan. (terutamanya penyakit kuning @ Jaundice)
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain.

Memberi faedah kepada ibu yang menyusu.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari.
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman.
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan.

itu adalah antara kebaikan2 susu badan nih... nurse pon kata klo bole kne set awal2 mind kita untuk bagi susu badan selepas bersalin nnt... orait nurse!!! hehehe

Then mcm biasa la, kne timbang berat badan, buat ujian tekanan darah, dan ujian kandungan dlm air kencing kita...

dlm masa sebulan berat ain naik 1.5kg... kalo dulu masa 1st check up 58.9kg, tp td timbang 60.5kg.... heheh... nurse kata still normal.. cume nurse kata ain kurang darah.. ain nye tekanan darah tahap border.. huhu... ain dinasihatkan tuk lebihkan mkn sayur bayam dan kerang..=)

nurse td pon wat ukuran panjang rahim (dari pusat ke pangkal rahim..) 18cm.. muncit sket.. hahaha.. =P

mcm biasa, ain dan husband mmg nak buat scan setiap bulan.. bukan scan 3D or 4D.. tapi 2D jer.. buat kat klinik swasta baru RM25.. ain nk tgk pembesaran baby dan nak tau heartbeating dia normal ke... so far baby sehat.. alhamdulillah... cume kali ni doktor xbole ukur baby dengan tepat.. sbb badan dia melengkung.. baby dah besar... huhu.. doc kata klo nk tepat pegi buat 3D... tp, klo buat 3D mesti dah tau jantina baby kan?? kalo bole ain dan husband xnak tau lagi.. biar la tggu baby dah 7 bulan.. biar btol2 dah nampak dia punye "tuuuttt" baru confirmkan gender dia.. hehehe....


*gambar xclear sgt... rasa nye yg belah kanan tu kepala baby.. hehehe.. =)

alhmdulillah, hasil dari penjagaan mknn dan doa dari org sekeliling, ain dan baby dlm keadaan sehat... doakan yg terbaik yer...

lepas je check up ain kne hantar husband gi bukit jalil.. dia kene pegi outstation lagi... kali ni di pasir gudang, johor... hari khamis ni dia balik... emm, kali ni ain agak tabah sedikit dr sblm ni.. maybe dah biasa kene tinggal... huhu...

okeylah, sambung next post k...

mmuaahhh sume...

Saturday, April 17, 2010

1st checkup buat mama yayien....

salam sume....

12 april lepas, ain pegi wat 1st checkup...

pening punye pening xtau nak wat kat mana checkup (gov or swasta), akhirnye ain pilih gov gak.. (KLINIK IBU DAN ANAK KG PANDAN)... bukannye ape.. klo klinik gov ramai org.. nk mnunggu turn tuh.. aduh... mmg sesak arr... ain dah la keje swasta.. cuti pon susah nak dpt (lain arr keje gov.. hukhukhuk.. )... kalo tiap2 kali gi checkup kat klinik swasta, perrggghhh... mmg bankrupt arr.. hehe...

so ari tuh nekad la pegi klinik gov.. terpaksa amik unpaid leave! hubby pon amik leave sbb nak teman ain... (actually dia amik mc.. syg la tuh leave dia... bukannye sakit pon.. huhuhu)...

sampai klinik dlm kul 8am.. kononnye kul 7am nak terpacak depan klinik tuh... tp biasa la terlajak sudah... hehehe... spt yg disangkakkan mmg sangat2 ramai orang!

smpai2 jer ain dpt 2 buku PINK.... (mmg buku tuk ibu ngandung kat sume klinik kaler pink ker??) nurse sruh isi form and tulis info ain kat depan buku tuh... teringat kat report card masa waktu skolah dulu2... heheh...

mule2 wat dulu ujian air kencing... then timbang berat badan... arrgghhh.. lama sungguh xgi timbang berat nih... tau2 jer dah 58.9kg..... waaa sgt berat.... (ada misi baru perlu dilakukan lepas bersalin nnt...)

disebabkan ain 1st time checkup... so no. giliran ain cpt sket (xramai kot org yg buat 1st time checkup.. yg ramai nye sume ibu2 yg perut dah besar2)... hubby dah blk jap..kata nye sakit perut... (alasan jer)

masa tuk amik darah... setakat amik darah yg cucuk kat jari tuh pon ain dah nk nangis.. ni kan plak amik darah yg sekali byk tuh... (dah la 1st time gak) cuakkkk giler! =(

tp kan... masa tggu turn amik darah tuh kan..dh ada depan nurse dah nih... dan2 tu plak ramai yg ibu2 masuk tuk check darah dorg... yg ni special sket.. setiap 3/4 jam dorg kene amik darah.. (kes ibu2 yg ada kencing manis).. ain tgk dorg rileks jer... abih dah jari2 dorg kne cucuk... depan ain plak tuh... erkk...mmg lg mencemaskan la!

its my turn plak amik darah! jantung ni mmg laju dah nih... mmg xpandang langsung nurse tuh masa cucuk.. ehh.. dah siap dah.. xsakit pon... hahahah.... gelak tuk diri sndiri....punye la takut tp xsakit sgt pon.. xrasa pape pon.. ngeee~

lepas tu jumpe doc plak.. doc nk tgk perut... doc tu kata baru 3 bulan lg.. baby kecik lg.. so xbole nk wat pape lg.. just doc bg ubat asid folic jer... tu je ke doc??? ain baru igt nk scan.. nk tgk jantung baby tuh... doc kata kat klinik tu xder scanner..klo nkgi klinik swasta... aiseh.. sabo jela.. baik ain wat checkup kat klinik swasta jer.... huhu

setelah selesai sume ( alhmdulillah sume nye stabil..tekanan darah sume ok), time hubby plak gi klinik nk amik mc dia tuh... gi klinik yg dia slalu pegi.. kata nye doc tuh baik.. senang bg mc... patut la sbb doc tu mmg dah rapat ngan family hubby dr zaman nenek hubby lg... huhuhu.. nama dia doc Zaid (klinik fauziah, kg pandan)...

sangkaan ain klinik swasta ni xramai org... rupe2 nye silap lg... ramai plak org yg sakit hari tuh.. hubby kata ramai org sbb time ada doc zaid nih.. klo doc lain mmg xramai org... baik sgt ke doc nih?

mmg baik pon... masuk2 jer beliau dah panggil kami pengantin baru... rupe2 nye beliau nih dtg masa kenduri kawen ain... hikhikhik... malu2 je panggil pengantin baru.. padahal dah kawen lama dah... ngeee~

kebetulan doc zaid ni bole wat scan baby... umm ape lg, take advantage arr... abih hubby kne check je, my turn plak nk wat scan.... ya ALLAH... mmg terkejut bile tgk, baby dalam rahim nih.. dah nmpak kepala and tulang belakang dia... kaki dan tangan xberapa jelas sgt (doc kata sbb kecik lg)... ape yg lagi terharu sgt bile tgk heartbeating & movement baby... mmg surprise sgt2... nk mengalir air mata nih.. hanya tuhan je tahu perasaan pertama kali tgk baby gerak dlm rahim nih... hubby pon surprise gak.. akibat terlalu surprise, smpai dia lupe nk rakam video ( gune hp je) syukur sgt2.. doc kata baby dlm keadaan sehat... alhmdulillah....

sepanjang blk dari klinik, mmg asik terbayang je masa baby gerak2... teruja n terharu! ^________^

aiseh, hubby dah sound nih... ni wat posting ke wat karangan nih?... hehehe.. panjang plak post ain kali.. tu la dah lama x publish post.. skali post mesti la nk panjang2... ngeee~

ok la..nnt smbung lg.. 2nd checkup 10 may.. baby dah masuk 4bulan.. klo ada cite best ain post k.. last but not lease, ain nak load gmbr scan baby nih.....


* sama ada baby boy or girl.. ain xkesah.. janji baby sihat dan selamat...=)



Saturday, March 20, 2010

Mommy to be~~

Alhmdulillah...

Dah 2 bulan lebih ain pregnent...

syukur ke hadrat Illahi dgn kurniaan Nya...

sgt bertuah...

semoga ain dan baby sehat hendaknya....

^_____________^




*hadiah v-day hari tuh dari suami tercinta.....





Related Posts with Thumbnails