Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label wifey. Show all posts
Showing posts with label wifey. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

Nak pegi gak!!!

Assalamualaikum...

Ain dpt byk wedding invitation bermula dr minggu nih sampai bulan 10 tapi malang nye ain xdapat nak menghadirkan diri... disebabkan keadaan ain yg xmengizinkan... uwaaaa~ T.T

26 Sept 2010
My best friend's wedding : DINA & BUD
Tempat
: Segamat, Johor
-Ain mmg excited gile nak pegi majlis dia.. dlm planning ain nak tido sana and nk tgk dia dia masa majlis akad nikah.. dah bgtau dah mr hubby awal2... dia kata ok... tp bile dah dekat majlis, tetiba my mom ngan mr hubby xbagi... sbb ain hanye menghitung hari.. kalo terberanak kat sana kan susah...
- DINA dah byk tolong masa wedding ain.. dia adalah salah seorang dari orang kuat majlis ain... rasa bersalah dan terkilan xdapat nk tolong dia plak... =(
- Buat DINA & BUD.. aku sentiasa mendoakan kebahagiaan korang sehingga akhir hayat... dan dikurniakan anak yg comel2 nnt.... aminn....

* Ayu dan cantik semasa majlis pertunangan nye (24Sept2009)


*Sentiasa disisi semasa majlis nikah and sanding ain..... thanks a lot BUDDY! mmuaahhh...

2 Oct 2010
My ex-KMNS roomate: PENNA & FIRDAUS
Tempat: Senawang, N9
- dia pernah jadi roomate ain masa matrix dulu.. suka dgn dia sbb dia manja dan banyak ckp... hehehe...
- sorry PENNA, aku pon xdapat dtg majlis ko.. aku juga mendoakan yg terbaik untuk ko dan pasangan.. semoga berbahagia hingga akhir hayat.. amin....

*comel kan cik Penna masa majlis tunang dia.. masa sanding nnt mesti lagi cantek.. =)

*serasi berdua.. luv it!


10 Oct 2010
Geng UUM : YANA & YUSOP
Tempat: Bahau, N9
- yang nih pon ain excited nak pegi... nak tgk YANA kat atas pelamin.... sbb masa wedding ain pon dia attend gak...
-buat YANA, Im so sorry... aku nak sgt pegi tp apakan daya, insya allah masa wedding ko aku dlm pantang.. huhu.. anyway aku sentiasa doakan kebahagian ko hingga akhir hayat dan menjadi seorang isteri yg taat dan solehah... aminn..

*tunang dia ain xdpt pegi apatah lg majlis kawen dia dia.. sorry yana... sob2.. =(

*thanks for both of u..... mmuaahhh..

actully byk lagi jemputan ain dpt.. tp yang 3 kat atas nih mmg ain gile excited nak pegi!! dah siap plan nak pkai baju ape masa pegi wedding diorang.. huhu.. tp amat mengecewakan.. wrong timing la kawan2.... =(

anyway ain nak ucapkan sekali lagi, tahniah buat mereka bertiga.. dan ain sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian semua... welcome to the WIFEY CLUB!! xsabar nk welcoming korang to MOMMY CLUB plak.. =P

p/s: nanti cpt upload gmbar wedding korang k... xsabar!!


mmuaaahhhh!






Monday, September 20, 2010

Kontraksi Braxton's Hicks

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share ngan kawan2 sume (maybe ade yg dah tau, tp saje nk share gak.. ) tentang sakit contraction atau dlm bahasa melayu nye kontraksi.. hehehe

FYI, smlm ain mengalami satu kesakitan yg teramat sgt semasa nk tido.... perut tegang sgt, sakit tulang belakang, sakit pinggang dan sakit pada tulang pelviks... mmg susah nak tido.. dah baring atas katil kul 12am, tp ain hanya bole lena pukul 2.30am.. bayang kan 2jam setengah menahan kesakitan yg teramat sampai mengalir air mata nih.. nk kejut mr hubby, xsampai hati sebab beliau dah lena diulit mimpi.. huhuhu...

*gambar hiasan semata2...

tetiba teringt doctor kata (time gi check up b4 this)...

DOC: kalo sakit terus gi hospital

AIN: ok doc...


ok jer? tau ker ain sakit tu cm mana?? cam dh ade experience jer... lupe nak tanye sakit yg mcm mane tuh.. blur time tuh...huhu...

so, igtkan nk gi hospital smlm, then hati ni tertanya, ntah2 sakit biasa kot sbb perut dah makin mmbesar, baby mula menekan2 ke bawah.. kang dah pegi hospital, blom masa nk bersalin lagi doc dah sruh blk, xpon kne tahan wad dulu sbb doc nak "seluk" kat bwh tgk dah buka bape cm kita pinye laluan baby... addeehh.... tu yg xnak tuh... so tahan je la mlm smlm... hish.. tggu aje air ketuban pecah baru gi hospital...

alhmdulillah, sakit dah mula berkurangan.. pagi td stil rasa sakit.. skrg dah ok sket... or maybe ain keletihan smlm dating ngan mr hubby kat pavillion smlm (gara2 nak permudahkan bersalin kelak.. ngee~)

dengan rajin nye ain "google" info nih tuk tau ape yg berlaku smlm....

KONTRAKSI BRAXTON'S HICKS

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Source from alamhamil.com

bile dah baca info nih, ain dah xworried sgt... maybe ape yg ain rasa smlm adalah kontraksi tersebut.. bukan kontraksi sebenar kehamilan.. hehehe.. ye la kita kan mana tau.. 1st time pregnant kata kan.. anyway i need to take care gak... dah masuk 9months anything will happen.. semua perasaan dah campur baur nih.. nervous, excited, takut.. huhu...

mr hubby mintak baby kuar cpt.. klo bole hari nih.. dia xsampai hati tgk ain menahan kesakitan... huhu.. terharu plak...

thanks to FB friends yg xputus2 share experience korang ngan ain.. =)

p/s: ari nk my mother in law nk dtg umah ain... so mintak my mom masak kan then bawak blk umah ain.. konon2 ain la yg masak tuh... huhu.. =P

mmuaaahhhhh...




Saturday, August 14, 2010

I love mr hubby!

Assalamualaikum,

hye sume,...

Alhmdulillah dah masuk hari yg ke4 kita berpuasa..

hari ni sahur makan nasi bungkus jer.. mr hubby gi beli kat luar pukul 4am td...

sblm2 nih pon kitorg sahur tapau makanan from my mom house.. hish xmalu sungguh.. everytime datang umah my mom mesti tapau makanan.. maklum la umah ain ni xde dapur gas.. so mmg ain jarang masak kat umah... ( what a type of wife am i??) ngeee~ nasib baik mr hubby xberapa kesah sgt.. he know that his "LOVELY WIFE" cannot cook.... but still do her responsibility as a wife okey ! thats why la I LOVE HIM so much... thanks for understand my situation... waaahhh very the loving2 lepas sahur nih.... hehe

bukannya apa, mr hubby sejak 2 menjak ni tak berapa sehat... had bad cough and flu... im so worried about his healthy... hopefully dia cepat sembuh... for the past few days, we need to sleep separately... takut berjangkit katanya.. lagipon ain xbole tido dalam kepanasan, and he also cannot sleep in cold situation... huhu.. so jalan penyelesaian we need to "SEPARATE" (i dont like this word!) untuk sementara hingga dia sembuh sedia kala.. huhu.. sedih kan.. T.T

but is okey la.. as a wife, i need to understand his situation... I always pray and ask wish to my GOD, sembuhilah penyakit suami ain ni cepat... sebab ain sayang sgt kat dia....

mmuaahhh

Monday, May 10, 2010

2nd check up....

salam sume..

hari ni gi 2nd checkup kat klinik ibu dan anak kg. pandan..

ain dan husband cuba sedaya upaya untuk terpacak awal pagi depan klinik tu tuk nak elak dr kne tggu lama2... smpai klinik kul 7.30pagi.... tapi org pon dah ramai dah mengunggu even no kat mesin tu xappear lagi... waaaa... nak awal mcm mana lagi la nih... ke lepas solat subuh trus ada kat depan klinik??? ngeee~

checkup hari nih di mulakan dgn taklimat cara penyusuan badan... huhu.. xramai pon yg dia panggil.. adala dlm 8-10 org bakal ibu yg dipanggil masuk ke bilik.. ain agak terpinga2 jugak la bila nurse tu explain... maklum la benda baru bg ain... huhu.. xlama pon nurse tuh bagi explanation.. 15-20 mins... (syed dah bosan tggu kat luar sbnr nye.. hehehe)

mmg btol orang kata, susu badan adalah susu yg terbaik buat baby... xder susu lain yg boleh tandingi susu ibu... antara kebaikan susu badan adalah (copy dari brochure yg nurse tuh bagi.. ngee~) :-


Makanan yang terbaik untuk bayi.
  • Susu badan mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
  • Mudah dihadam.
  • Sentiasa sedia pada suhu yang tetap.
  • Kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga hari ketiga mengandungi antibodi (lgA) yang dapat melindungi bayi daripada jankitan kuman dan alahan. (terutamanya penyakit kuning @ Jaundice)
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain.

Memberi faedah kepada ibu yang menyusu.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari.
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman.
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan.

itu adalah antara kebaikan2 susu badan nih... nurse pon kata klo bole kne set awal2 mind kita untuk bagi susu badan selepas bersalin nnt... orait nurse!!! hehehe

Then mcm biasa la, kne timbang berat badan, buat ujian tekanan darah, dan ujian kandungan dlm air kencing kita...

dlm masa sebulan berat ain naik 1.5kg... kalo dulu masa 1st check up 58.9kg, tp td timbang 60.5kg.... heheh... nurse kata still normal.. cume nurse kata ain kurang darah.. ain nye tekanan darah tahap border.. huhu... ain dinasihatkan tuk lebihkan mkn sayur bayam dan kerang..=)

nurse td pon wat ukuran panjang rahim (dari pusat ke pangkal rahim..) 18cm.. muncit sket.. hahaha.. =P

mcm biasa, ain dan husband mmg nak buat scan setiap bulan.. bukan scan 3D or 4D.. tapi 2D jer.. buat kat klinik swasta baru RM25.. ain nk tgk pembesaran baby dan nak tau heartbeating dia normal ke... so far baby sehat.. alhamdulillah... cume kali ni doktor xbole ukur baby dengan tepat.. sbb badan dia melengkung.. baby dah besar... huhu.. doc kata klo nk tepat pegi buat 3D... tp, klo buat 3D mesti dah tau jantina baby kan?? kalo bole ain dan husband xnak tau lagi.. biar la tggu baby dah 7 bulan.. biar btol2 dah nampak dia punye "tuuuttt" baru confirmkan gender dia.. hehehe....


*gambar xclear sgt... rasa nye yg belah kanan tu kepala baby.. hehehe.. =)

alhmdulillah, hasil dari penjagaan mknn dan doa dari org sekeliling, ain dan baby dlm keadaan sehat... doakan yg terbaik yer...

lepas je check up ain kne hantar husband gi bukit jalil.. dia kene pegi outstation lagi... kali ni di pasir gudang, johor... hari khamis ni dia balik... emm, kali ni ain agak tabah sedikit dr sblm ni.. maybe dah biasa kene tinggal... huhu...

okeylah, sambung next post k...

mmuaahhh sume...

Tuesday, May 4, 2010

Esok!

Salam sume....

Esok (5/5/10), my hubby nak balik m'sia...

best nye!!!!! ^____^

supposedly syed blk hari jumaat nih.. tp dia dpt permission blk awal...

ain sgt2 rindu kat dia....

sbnr nye dia xtahan sgt duk sana...

mknn kat sana xbest... huhu ciaannn.....

pape pon ain kne prepare yg patut tuk dia sok...

nak wat facial... home facial je la.. hikhikhik...

hati ni mmg berdebar2 nk jumpe dia sok..

rasa cam pengantin baru jer.... ngeee~

k la... spt yg dikatakan entry sblm ni.. ain nak share ngan korg sume gmbr terkini ain masa my BFF buat birthday surprise...

Enjoy!!!


* dpt hadiah baju ibu mengandung dr BFF...weeee~ tq so much!!!








Saturday, April 24, 2010

Hubby Outstation....

Salam sume....

husband ain gi outstation kt indonesia.... going for 2 weeks.. sgt lama...

dua hari sblm dia pegi, xtau nape rasa berat hati nak lepas kan dia... asik mengalir je air mata nih...

apatah lagi masa dia bertolak....

bukannye dia xpernah pegi outstation sblm ni.. tp kali ni agak lama... ermmm.....

hari ni dah masuk 2 hari dia kat sana... hnye sms,facebook, call untuk melepaskan rindu....

ain sgt manja dan dia slalu manja kan ain.. maybe sbb tuh ain xbole berjauhan ngan dia....

klo dia xde kat sblh masa nk tido.. mmg ain xbole tido dan cari dia.... emmm...

skrg nih dah okey sket.. sbb my mom kata jgn slalu nangis.. xelok tuk kesihatan baby...

so ain tahan je la... untuk baby kami...

hanya sabar dan doa je yg ain mampu buat.... smoga dia selamat sume nyer.... aminn...

* abang, syg rindu sgt kat abang... abang jaga mkn minum kat sana yer.... luv u so much... mmuahhh...


Saturday, March 20, 2010

Mommy to be~~

Alhmdulillah...

Dah 2 bulan lebih ain pregnent...

syukur ke hadrat Illahi dgn kurniaan Nya...

sgt bertuah...

semoga ain dan baby sehat hendaknya....

^_____________^




*hadiah v-day hari tuh dari suami tercinta.....





Tuesday, November 10, 2009

Im now became MRS SYED...

salam semua...

tanggal 7.11.2009 jam 10.20pg, dengan sekali lafaz, ain sah bergelar seorang isteri kepada SYED HASAN SYED KAMARUDDIN.... =)

sekarang dunia ain dah lain.... ain masuk ke dunia seorang isteri.. wahh... rasa mcm cpt masa berlalu.. tanggungjawab ain dah berubah.. klo dulu tanggungjawab sbg seorang anak.. kini sebagai seorang isteri pula.. emm..

setelah 4thn menyulam kasih, 1thn 6bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya kami disatukan sebagai sepasang suami isteri yg sah... terharu dan sebak apabila abah ain sendiri yg mengakad nikahkan kami seoalah2 abh redha melapaskan ain kepada org lain.. huhu..

wat masa ni ain hnye load dlu gmbr2 lepas nikah.. xamik lg gmbr2 yg lain kat photographer ain.... nnt klo ade masa ain load yer..

doakan kebahagiaan ain.. semoga ALLAH s.w.t. memberkati hubungan suci ni.. cewaaahh..









Related Posts with Thumbnails