Assalamualaikum...
Entry kali ni nak share ngan kawan2 sume (maybe ade yg dah tau, tp saje nk share gak.. ) tentang sakit contraction atau dlm bahasa melayu nye kontraksi.. hehehe
FYI, smlm ain mengalami satu kesakitan yg teramat sgt semasa nk tido.... perut tegang sgt, sakit tulang belakang, sakit pinggang dan sakit pada tulang pelviks... mmg susah nak tido.. dah baring atas katil kul 12am, tp ain hanya bole lena pukul 2.30am.. bayang kan 2jam setengah menahan kesakitan yg teramat sampai mengalir air mata nih.. nk kejut mr hubby, xsampai hati sebab beliau dah lena diulit mimpi.. huhuhu...
*gambar hiasan semata2... tetiba teringt doctor kata (time gi check up b4 this)...
DOC: kalo sakit terus gi hospital
AIN: ok doc...ok jer? tau ker ain sakit tu cm mana?? cam dh ade experience jer... lupe nak tanye sakit yg mcm mane tuh.. blur time tuh...huhu...
so, igtkan nk gi hospital smlm, then hati ni tertanya, ntah2 sakit biasa kot sbb perut dah makin mmbesar, baby mula menekan2 ke bawah.. kang dah pegi hospital, blom masa nk bersalin lagi doc dah sruh blk, xpon kne tahan wad dulu sbb doc nak "seluk" kat bwh tgk dah buka bape cm kita pinye laluan baby... addeehh.... tu yg xnak tuh... so tahan je la mlm smlm... hish.. tggu aje air ketuban pecah baru gi hospital...
alhmdulillah, sakit dah mula berkurangan.. pagi td stil rasa sakit.. skrg dah ok sket... or maybe ain keletihan smlm dating ngan mr hubby kat pavillion smlm (gara2 nak permudahkan bersalin kelak.. ngee~)
dengan rajin nye ain "google" info nih tuk tau ape yg berlaku smlm....
KONTRAKSI BRAXTON'S HICKSApabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
- Bayi bergerak dengan aktif
- Semasa senaman atau membawa barang berat
- Mengurut perut
- Semasa hubungan seks
- Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
- Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
- BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
- Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH
- Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
- Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
- Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
- Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
- Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Source from alamhamil.combile dah baca info nih, ain dah xworried sgt... maybe ape yg ain rasa smlm adalah kontraksi tersebut.. bukan kontraksi sebenar kehamilan.. hehehe.. ye la kita kan mana tau.. 1st time pregnant kata kan.. anyway i need to take care gak... dah masuk 9months anything will happen.. semua perasaan dah campur baur nih.. nervous, excited, takut.. huhu...
mr hubby mintak baby kuar cpt.. klo bole hari nih.. dia xsampai hati tgk ain menahan kesakitan... huhu.. terharu plak...
thanks to FB friends yg xputus2 share experience korang ngan ain.. =)
p/s: ari nk my mother in law nk dtg umah ain... so mintak my mom masak kan then bawak blk umah ain.. konon2 ain la yg masak tuh... huhu.. =P
mmuaaahhhhh...